Antara lambakan iklan urut seks. Sinar Harian menyamar dengan menghubungi nombor tersebut.
Lambakan iklan urut seks semakin hari semakin berleluasa di merata-rata tempat di Lembah Klang.
Kita dapat melihat ia sama ada disembur menggunakan penyembur cat atau pun poster dilekatkan pada dinding serta lampu isyarat.
Malah bagi menarik minat pelanggan, mereka bijak menggunakan pelbagai nama perkhidmatan.
Sinar Harian menghubungi salah satu nombor tertera di Petaling Jaya untuk mendapatkan maklumat bagaimana modus operandi mereka di sebalik nombor tersebut.
Berikut adalah perbualan antara wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai pelanggan dengan pemilik nombor berkenaan:
Hello bos... ini yang ***** massage (urut) kan?
Ya, ya saya kenapa? Apa mahu?
Okay, saya mahu tanya you ada apa servis? ***** massage ni apa? Apa special?
Kita ada main punyalah.
Oh ini bukan massage?
Ya, massage tapi kita pakej main punya sekali.
You punya tempat di mana?
Okay, kami punya tempat di *****
Kalau saya mahu ambil you punya perempuan macam mana? Saya datang sana?
You boleh datang sini atau kita boleh hantar sama you.
Berapa harga?
Tengoklah... harga sejam RM160 ada sampai RM200, tengok mana you punya lokasi kita hantar.
Macamana tu? Kalau saya datang sana berapa? Kalau saya mahu you hantar ke *****?
Macamana tu? Kalau saya datang sana berapa? Kalau saya mahu you hantar ke *****?
Kalau you mahu saya hantar ke *****, saya caj you RM200. Tapi kalau you datang sini, RM160.
Okay bos. Apa perempuan you ada? Lokal ada?
Semua luar punya (negara jiran).
Perempuan macam mana mahu tengok? You ada katalog atau you bagi gambar?
Tak adalah... kalau you mahu datang tengok sini.
Pukul berapa you buka? Bila buka?
Kita buka hari-hari 12 tengah hari sampai enam pagi.
Okay bos nanti saya call you.
Okay kalau you mahu datang you call sahaja.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment