Wednesday, 11 September 2013

Botol arak isi kicap tiruan logo halal

Botol arak isi kicap tiruan logo halal

Perasaan jijik dan kecewa dengan sikap pengusaha, yang tidak bertanggungjawab terhadap sensitiviti pengguna Islam di negara ini, apabila  botol arak yang di import dari Thailand dipekat semula dengan isian kicap tiruan serta dilabelkan logo halal.

Namun hasil asuan orang ramai, kegiatan itu terbongkar selepas Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur menyerbu sebuah kilang haram dan dua stor penyimpanan di Taman Tayton, Cheras semalam (10 Sept 2013).

Hasil serbuan ratusan botol kicap bernilai RM150,000 di rampas, ketika serbuan jam 1 tengahari tadi seorang lelaki dan juga pengusaha kilang manakala lima pekerja asing sempat melarikan diri.

Tinjauan mendapati tempat memproses kicap ini kotor dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan turut ditemui pelbagai adunan perbuatan kicap.

Risikan dipercayai sindiket sudah beroperasi sejak dua tahun dan diedarkan di sekitar Lembah Klang. Menurut Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin, kicap terbabit dijual dengan harga pasaran iaitu RM7.50 sen.

Jelasnya label dan penutup yang digunakan juga didapati dimansuhkan pemilik sebenar sejak tujuh tahun lepas. Kes di siasat mengikut seksyen 8 Akta Prihal Dagangan 2011, jika disabit kesalahan boleh di denda RM10,000 bagi setiap permit.

- Astro Awani 

2 comments:

  1. Jd mcm mne nih sye ske mkn gyna kicap ABC igatkan produk trbabit d import langsung dri Indonesia... stelah saya bace srt kabar trnyata bkas botol arak.mengecewakan...
    Bgaimana cara nk tau tu kicap Import dri Indonesia atau tiruan?

    ReplyDelete
  2. Susah. Tapi kalau anda was2 kena ambil tindakan (jangan beli dulu) dan lapor kepada kementerian terbabit.

    ReplyDelete