JAKARTA: Sejumlah 511 penduduk telah dipindahkan dari Pulau Palue ke Maumere, Nusa Tenggara Barat (NTB) sejak Gunung Berapi Rokatenda meletus pada Sabtu hingga hari ini (Isnin), kata Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Operasi pemindahan sejak Ahad menggunakan enam buah bot itu mengangkut sebahagian besar penduduk Pulau Palue di daerah Sikka, khususnya dari kampung Koa, Desa Rokirole dan Nitung di Desa Nitunglea ke Maumere, kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan pada Isnin.
Di Maumere, mangsa ditempatkan sementara di khemah-khemah di kawasan lapang serta di dewan pejabat Badan Perancangan dan Pembangunan Daerah (Bappeda) Sikka, dan mereka kemudiannya akan dipindahkan ke bangunan yang lebih sesuai.
"BNPB telah mengirimkan bantuan logistik ke Maumere berupa 20,000 topeng muka, 500 paket pakaian, 500 paket kit keluarga, 500 paket pakaian kanak-kanak dan 1,000 helai selimut. Keperluan mendesak sekarang ialah tikar, air bersih, air mineral, makanan dan topeng muka," katanya.
Satu laporan menyebut bahawa operasi pemindahan penduduk Pulau Palue akan diteruskan sehingga kesemua 5,000 penduduk dibawa ke Maumere.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Isnin menyampaikan perasaan dukacita dan prihatin beliau kepada mangsa letusan Gunung Rokatenda dan menegaskan bahawa BNPB sedang menangani urusan bantuan dalam bencana itu.
Lima orang penduduk Palue dilapor maut tersapu lahar panas letusan Gunung Rokatenda pada awal Sabtu. Lahar panas itu mengalir dari Desa Woje Wubi hingga Pantai Cua.
Gunung Rokatenda setinggi 825 meter dari permukaan laut, atau juga disebut Gunung Palue adalah gunung berapi dari dasar Laut Flores yang membentuk Pulau Palue. Perjalanan ke Pulau Palue dengan bot dari Maumere, ibu kota daerah Sikka, di sebelah utara Pulau Flores, mengambil masa kira-kira lapan jam.
Gunung Rokatenda merupakan gunung berapi komposit yang pernah meletus pada 2 dan 3 Feb 2013.
Letusan Gunung Rokatenda terhebat dicatat pada 4 Ogos dan 25 Sept 1928, mengakibatkan tsunami yang menyusul gempa volkanik. Pada ketika itu penduduk Palue hanya berjumlah 266 orang.

- BERNAMA
No comments:
Post a Comment