Friday, 18 November 2016

Pilih kasih atas alasan publisiti dan promosi adalah bodoh dan keji

Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter.

STESEN televisyen lebih mementingkan dan mengutamakan paras rupa berbanding bakat.

Selain itu, pengikut yang ramai di laman sosial turut menjadi faktor dalam memilih pelakon bagi drama-drama di stesen mereka, menurut kenyataan yang diedarkan Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) di laman Facebook.

“Sikap stesen TV yang lebih mementing dan mengutamakan rupa paras dari bakat serta mendahulukan pelakon yang lebih ramai pengikut di media sosial berbanding mutu dan komitmen lakonan seseorang pelakon dengan menggunakan alasan publisiti dan promosi adalah sesuatu yang amat bodoh dan keji,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan kekecewaan yang dirasai oleh pelakon Amerul Affendi apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

KOMFIT memandang serius terhadap isu tersebut memandangkan sudah beberapa kali Amerul tidak melepasi saringan bakat di stesen televisyen sejak tahun 2009.

KOMFIT menyifatkan perkara yang semakin bermaharajalela dalam industri penyiaran negara ini sebagai suatu kerugian besar kepada industri apabila gejala buruk, jahat, tidak professional dan tidak adil sebegini diamalkan oleh stesen televisyen.

Amerul meluahkan perasaannya yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain di laman sosial Twitter.


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.


Luahan Amerul Affendi itu menarik reaksi beberapa peminat yang rata-rata turut meluahkan kekesalan dan memberikan semangat kepada beliau di laman sosial.


@ayyputeri tak pasti.. Cuma production manager kata nama xlepas..


@Amerul_Affendi ouch, such a waste :( moga rezeki abg merul dipermudahkan selalu, your talent is pure!


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. 


@Amerul_Affendi awak sangat berbakat, paling x leh move on bila awak bawak watak azman picasso dlm filem pekak ,,watak mayang pon same haih


Aduh, nama masih tak lepas kat Tv3.. Maaf ye tuan sutradara tak dapat nak bersama menjayakan karya tuan.. InsyaALLAH di lain waktu.. 


@Amerul_Affendi kenapa tak lepas?!no wonder tak pernah nampak kat sana.


Menurut kenyataan KOMFIT, mereka tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen berkenaan dan meminta penjelasan atas tindakan tersebut. Amerul Affendi pernah terlibat dalam beberapa filem seperti Polis Evo dan Pekak.


-Sumber: Astro Awani | November 18, 2016

Bersih 5: Lima perkara anda perlu tahu

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November. - Gambar fail

1. APA ITU BERSIH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 5 ialah perhimpunan kelima dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh sembilan tahun.

Perhimpunan pertama diadakan pada 10 November 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai 'Walk for Democracy' pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan 'Sit In' yang diadakan pada 28 April 2012 dan Bersih 4 pada 29 Ogos 2015.

Lima tuntutan Bersih 5:
  • Pilihan raya bersih
  • Kerajaan bersih
  • Kukuhkan demokrasi berparlimen
  • Hak membantah
  • Memperkasa Sabah dan Sarawak

2. APA ITU KONVOI BERSIH?

Pada 1 Oktober 2016, Bersih 2.0 melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara dan berlangsung setiap hujung minggu sehingga perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.
Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

Konvoi Bersih dianggarkan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.


3. BILA DAN DI MANA BERSIH 5.0 DIADAKAN?

Bersih 5 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka pada 19 November.



4. APA KATA PIHAK BERKUASA

Kuala Lumpur, Selasa (8 November 2016): Polis menegaskan perhimpunan dan konvoi Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia berikutan tiada notis lokasi baru yang diserahkan pihak Bersih 2.0 bagi menggantikan cadangan berhimpun di Dataran Merdeka.

“Notis awal yang diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan ibu pejabat polis Brickfields tidak mendapat kelulusan kerana penganjur gagal mengemukakan bersama surat kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Petaling Jaya, Khamis (3 November 2016): Polis akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan perhimpunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, kumpulan baju kuning dan baju merah perlu mendapat kebenaran pemilik tempat meskipun kedua-dua pihak telah mengemukakan notis kepada pihak polis.

Polis terima 198 laporan bantah Konvoi Bersih 5.0 - Ketua Polis Negeri

Port Dickson, Rabu (2 November 2016): Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu dan kumpulan yang membantah konvoi Bersih 5.0 selama lapan hari yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata konvoi berkenaan dijadualkan menjelajah lapan daerah di negeri itu dengan daerah Tampin sebagai permulaan dan berakhir di Nilai pada 12 Nov.

Beliau berkata notis permohonan untuk mengadakan konvoi Bersih 5.0 telah diterima pada 26 Okt lepas, iaitu 10 hari sebelum konvoi diadakan, daripada penganjur.

Kuala Lumpur, Selasa (1 November 2016) : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penganjur Bersih 5.0 mengikut nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Ia susulan lokasi bersejarah itu tidak termasuk dalam kawasan yang diizinkan mengadakan perhimpunan selain tidak digazetkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Memang benar penganjur Bersih mohon keizinan 10 hari sebelum himpunan tetapi Dataran Merdeka tidak termasuk dalam lokasi diizinkan. Seperti kata DBKL yang tidak mengizinkan tempat digunakan sebab ia tidak digazet dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya semasa ditemui media selepas ucapan penggulungan Bajet 2014 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat.

5. APA KATA BERSIH 2.0


Kuala Lumpur, Jumaat (4 November 2016): Bersih 2.0 tidak memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF) kepada polis semasa dipanggil untuk siasatan di Bukit Aman

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.

Katanya, siasatan adalah di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).

- Sumber: Astro Awani | November 18, 2016