Sunday, 19 October 2014

Ahli arkeologi jumpa kubur puntianak

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.
Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun. Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya. Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno. Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.

- Sumber: Sinar Harian 

Erin Malek kunci mulut


BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga, kontroversi demi kontroversi terus menghambat bintang terkenal ini walaupun sudah bergelar isteri.

Sebelum ini, Erin Malek, pernah memberitahu bahawa dia mengharapkan agar perkahwinannya bersama suami, Farriz Fauzy dapat menutup segala dakwaan dan tohmahan liar terhadap dirinya.

Namun, selepas melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober lalu, pelbagai kontroversi mula melingkar, malah semakin ligat.

Selain daripada dakwaan Erin dan suami berkunjung ke kelab malam sejurus selesai resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu, foto-foto seksi pelakon filem, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? ini mula tersebar.

Menerusi foto-foto itu, jelas memperlihatkan wanita yang didakwa mirip Erin mengunjungi kelab malam, Rootz Club dengan mengenakan skirt pendek berwarna krim.

Bagaimanapun, Erin lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan menerusi talian telefon dan aplikasi sosial, WhatsApp bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada bintang Misiku Kuza ini.

Pun begitu, menerusi laporan portal hiburan, suaminya tampil mengeluarkan kenyataan dan memberitahu bahawa ianya adalah perkara lepas dan tidak perlu diungkit kembali.

- Sumber: Sinar Harian