Tuesday, 10 December 2013

24 warga India didakwa terlibat rusuhan

SINGAPURA - Dua puluh empat orang didakwa di mahkamah hari ini kerana pembabitan mereka dalam rusuhan di Little India di Race Course Road pada malam hari Ahad.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar berkata: "MFA (Kementerian Luar) bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi India bagi memudahkan bantuan konsular dan sokongan untuk warga mereka, termasuk perwakilan peguam.

Dalam pada itu, polis dalam posting Facebooknya berkata: "Setakat Selasa 3:20 pagi, siasatan lanjut menunjukkan bahawa dua lagi lelakIni menjadikan jumlah orang yang didakwa kerana insiden itu kepada 24. Kesemua mereka adalah warga India.

Empat orang yang tidak terbabit dalam insiden itu telahpun dibebaskan dari tahanan Polis.

Rusuhan meletus pada Ahad malam berikutan kemalangan maut melibatkan seorang warga India berusia 33-tahun di Little India, sebuah kawasan terkenal sebagai tempat pekerja asing dari benua kecil India berkumpul pada hujung minggu.

Insiden itu adalah yang pertama dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum 1969 yang berlarutan selama tujuh hari mengakibatkan empat terbunuh dan 80 cedera.

Dalam insiden Ahad, sepuluh pegawai polis cedera termasuk lima anggota polis bantuan yang merupakan warga Malaysia dengan status pemastautin tetap di Singapura mengalami kecederaan kecil ketika membantu polis Singapura menangani rusuhan itu.24 warga India didakwa terlibat rusuhan

Lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa buah kereta persendirian turut musnah. -

BERNAMA 

Menteri Besar guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia

MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia
MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemudiannya mengagih-agihkan roti Gardenia kepada mereka yang kelaparan. - Sumber blog http://tengoktvonline.blogspot.com


SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan. 

Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. 

Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 

Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 

Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 

Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.


Sinar Harian