Monday, 24 June 2013

Jerebu 24/6: Muar makin pulih, Lembah Kelang semakin buruk

Jerebu 24/6: Muar makin pulih, Lembah Kelang semakin buruk

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan tanda-tanda positif di negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia, bagaimanapun, di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan bahagian-bahagian negeri-negeri utara keadaan semakin buruk.

Berdasarkan data 5 petang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Muar, yang mencatatkan IPU melebihi 700 pagi semalam, kini berada di IPU 125.

Kota Tinggi dan Pasur Gudang, yang telah mengalami kualiti udara yang teruk minggu lepas, mencatatkan IPU daripada 74-83 sepanjang hari.

Melaka juga menunjukkan tanda-tanda peningkatan, dimana Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang mencatatkan IPU serendah 128 pada pukul 5 petang, dari setinggi 260 pagi ini.

Malangnya, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan sebahagian daripada negeri-negeri utara tidak mengalami nasib yang sama.

Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam yang mencatatkan IPU antara 157 dan 319 pada pukul 5 petang hari ini.

Putrajaya, Cheras dan Batu Muda yang mendaftar IPU antara 156 dan 189.

Satu lagi tanda membimbangkan ialah jerebu boleh menjejaskan Malaysia Timur tidak lama lagi.

Bacaan pada pukul 11 pagi Isnin dan 5 petang hari sama menunjukkan IPU di Sibu adalah antara 102 dan 106.

Semua sekolah di KL dan Selangor ditutup esok (Isnin)

Sumber: Astro Awani, Jun 23, 2013 18:57 MYT

Semua sekolah di KL dan Selangor ditutup esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata tindakan ini diambil berikutan jerebu teruk yang dialami di kawasan-kawasan berkenaan.

"Seperti yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri, semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup besok (Isnin).

"Saya akan meminta Menteri Pelajaran kedua Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan susulan mengenai perkara ini," katanya.

Palanivel berkata keadaan jerebu semakin buruk pada pukul 5 petang.

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di dalam bangunan.

Selain itu, semua sekolah di Kuantan, Melaka dan sebahagian Johor juga diarahkan untuk ditutup esok.