Monday, 10 April 2017

Tugasan Pelik Jururawat ‘Basah’ Di China

Foto: Iyaxin.com

China memang dikenali dengan perkara pelik dan bagi kita tidak masuk akal. Salah satunya pekerjaan sebagai ‘Jururawat Basah’. 

Jururawat biasanya bertugas untuk merawat orang sakit. Apa sebenarnya pekerjaan para jururawat basah ini? Tugas jururawat basah ini adalah untuk menyusukan, bukan hanya kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

Memetik sumber, berbeza dengan jururawat, jururawat basah tugas utamanya adalah untuk menyusukan. Perkhidmatan ini ditawarkan bukan hanya untuk kanak-kanak, malah juga untuk orang dewasa.

Menurut syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini, syarikat Xinxinyu Household Service Company berpangkalan di Guangdong, China. Orang yang ingin menyewa perkhidmatan ini meningkat, bukan untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa itu sendiri untuk tujuan peribadi.

Minum air susu ibu sudah menjadi satu trend popular di kalangan orang kaya di China. Negara mereka juga mempunyai tekanan kerja yang tinggi. Ada yang menyewa jururawat basah ini bekerja di rumah selama sebulan agar selalu mendapatkan bekalan susu segar setiap hari.

Menurut orang yang pernah menyewa perkhidmatan ini, jururawat basah boleh disewa dengan kos kira-kira 10,000 hingga 20,000 Yuan iaitu sekitar RM6,000 hingga RM12,000. Harga ini dianggap wajar oleh para pelanggan yang pernah menyewa perkhidmatan ini. Ada di antara jururawat basah yang disewa juga masih muda dan berpenampilan menarik dan harganya boleh mencecah lebih mahal lagi, sehingga berlipat kali ganda.

- Sumber: AliffChannel | 10 April 2017

Saturday, 8 April 2017

Skematik Peranti Yang Didakwa iPhone 8 Tertiris

Umum diketahui “iPhone 8” yang bakal dilancarkan tahun ini adalah istimewa kerana menyambut ulang tahun ke-10 pelancarannya. Rekaan peranti ini mungkin akhirnya tertiris menerusi sebuah rekaan skematik.


Tiga perkara menarik boleh dilihat:

Pertama sekali ialah ketiadaan butang home fizikal pada bahagian dagu. Keseluruhan bahagian hadapan peranti kini ialah sebuah skrin. Ini bermakna Apple mungkin menggunakan pengimbas cap jari terbina pada skrin yang dibangunkan oleh Synaptics. Ini ialah rekaan yang sepatutnya digunakan oleh Galaxy S8 tetapi kerana prototaip yang dihasilkan Synaptics kurang memuaskan Samsung meletakkan pengimbas pada panel belakang.

Kedua ialah konfigurasi dwi-kamera yang kini menegak. Menurut beberapa sumber ini ialah bagi membolehkan iPhone 8 menyokong beberapa fungsi AR baru yang bakal diperkenalkan. Tim Cook sendiri menegaskan teknologi AR lebih penting dari VR. Mungkin iPhone 8 ialah peranti pertama Apple yang menyokong AR.

Akhir sekali ialah pengguna lebih dari satu kamera pada bahagian hadapan. Ini dipercayai ialah sistem kamera yang mampu melakukan imbasan wajah pengguna secara 3D bagi sistem nyahkunci baru. Akhir Februari lalu Apple mengambil alih firma imbasan wajah RealFace. Sejauh manakah kebenaran skematik ini tidak diketahui. Tetapi sekiranya kesemua fungsi di atas menjadi realiti, iPhone 8 memang peranti yang sesuai untuk menyabumbut ulang tahun ke-10 iPhone.

- sumber: amanz