Saturday, 11 February 2017

Ketiga-tiga Model iPhone 2017 Akan Menyertakan Sokongan Pengecasan Tanpa-Wayar



Jikalau mengikut pelbagai laporan sebelum ini, Apple sedia diperkatakan (urs-ura) akan hadir dengan tiga model iPhone untuk 2017 ini, dimana dua versi biasa, dan satu lagi versi dengan skrin OLED pada harga lebih premium. Terkini, laporan baru daripada penganalisa popular Ming-Chi Kuo hadir, mengatakan ketiga-tiganya akan menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Apple untuk tahun ini sedia dikatakan bakal membuat perubahan pada rekaan peranti, dimana ia dijangka menggunakan binaan berasaskan kerangka kaca – dan salah satu sebabnya adalah untuk menyokong pengecasan tanpa wayar ini.

Disamping itu, Apple turut dijangka melengkapkan ia dengan sokongan tambahan bagi mengelakkan ia menjadi panas dengan cepat.

Dengan pengenalan Apple, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak peranti lain di pasaran mengintegrasikannya – selain aksesori dan perabot. Buat masa ini, antara peranti popular yang mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa wayar adalah daripada Samsung, melalui siri Galaxy S.

- Sumber: Amanz | Feb 10, 2017

'Saya cuma datang nak urut badan sahaja'

Penguatkuasa JHEAT sedang menyoal siasat lelaki yang ditahan kerana berkhalwat ketika serbuan di sebuah rumah urut dibandaraya ini. 

KUALA TERENGGANU - “Saya datang hanya nak dapatkan perkhidmatan mengurut badan sahaja kerana penat bekerja, tidak ada niat lain,” itulah alasan diberikan seorang lelaki yang masih berstatus suami orang ketika dicekup sedang asyik diurut oleh seorang wanita warga Thailand, di sebuah rumah urut di bandar raya di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam, selain menahan lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Kedah itu, penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berjaya membongkar taktik diamalkan premis itu iaitu dengan menekan loceng sebagai isyarat kepada pelanggan bagi mengelak daripada ditangkap berkhalwat.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, bagaimanapun lelaki yang memaklumkan pergi ke premis itu untuk mengurut badan kerana kepenatan bekerja tidak sempat keluar walaupun seorang pekerja lelaki di situ ada memberi isyarat sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JHEAT.

“Sebaik penguatkuasa sampai dipintu premis itu, seorang pekerja bertindak berlari menuju ke kaunter untuk menekan loceng sebagai syarat memaklumkan tukang urut warga Thailand yang sedang mengurut di tingkat satu mengenai kehadiran penguatkuasa.

“Semua tukang urut sempat keluar dari bilik masing-masing sebaik menerima isyarat diberikan tetapi hanya satu bilik sahaja yang tidak sempat keluar kerana terlalu asyik mengurut,” katanya.

Wan Mohd berkata, lelaki terbabit dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Katanya, lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangannya diambil sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan.

- Sumber: Sinar Harian | 9 Februari 2017