Friday, 15 January 2016

Pusat servis Suzuki bertukar wajah… menjadi Proton Edar



Kesan-kesan pertama hasil daripada perjanjian MOU antara Proton dan Suzukiyang ditandatangani pada June 2015 sudah terlaksana – 29 kemudahan 4S dan 3S Suzuki Malaysia Automobile (SMA) akan mula beroperasi di bawah nama Proton Edar.

Dalam majlis yang berlangsung siang tadi, 25 pusat 3S dan empat pusat 4S tersebut akan membawa logo-logo Proton dan Suzuki. Ini kerana selain daripada mempunyai peranan sebagai bilik pameran/pusat servis Proton Edar, ia akan terus memberi khidmat kepada 48,000 pemilik Suzuki sedia ada.


Serentak dengan itu, ini turut bermakna bahawa penjualan kenderaan penumpang Suzuki sudah dihentikan.

“Pemilik kereta Suzuki sedia ada boleh menarik nafas lega kerana keperluan servis lepas jualan dan waranti bersama alat-alat ganti tulen Suzuki akan berterusan. Mereka (pemilik-pemilik) boleh tetap menghantar kereta mereka ke pusat-pusat servis ini yang terletak di seluruh negara,” ujar Masashi Fukuda, pengarah urusan SMA yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini adalah pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamed dan Dato’ Abdul Harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton.


Penambahan 29 bilik pameran/pusat servis ini menambah kepada sekitar 160 buah kemudahan Proton Edar yang ada sekarang.
- Sumber: Astro Publication 

Gelombang panas: Apa yang perlu dilakukan dan dielak

Cuaca panas berterusan yang melanda seluruh negara sejak bulan lalu mulai memberi kesan kepada persekitaraan dan mencetus ratusan kebakaran belukar di seluruh negara yang dilaporkan meningkat tiga kali ganda sejak hujung Januari lalu hingga kini.

Selain kebakaran hutan, cuaca panas turut menyebabkan kebimbangan paras air di empangan seluruh negara yang semakin menurun.

Dengan ketiadaan hujan sejak kebelakangan ini, ia menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pembenihan hujan.

Pada minggu lalu, Jabatan Meteorologi membritahu bahawa suhu maksimum sekitar Semenanjung Malaysia mencecah 36 darjah selsius berbanding 35 darjah selsius pada minggu sebelumnya.


-- Sumber: Astro Awani