Saturday, 31 October 2015

Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000


SICHUAN - CHINA . Seorang warga emas yang dikatakan mengalami masalah nyanyuk dari wilayah Sinchuan bertindak mengoyak wang simpanannya bernilai 47,600 Yuan (RM32,151) pada Ahad.

Luo yang juga pesara doktor haiwan disahkan menghidap penyakit nyanyuk yang menyebabkan dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

Memetik CCTV News, tindakan Luo hanya disedari selepas anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan lelaki itu terkejut selepas keseluruhan simpanan ayahnya tiada.

Selepas meneliti catatan urusniaga menunjukkan bapanya telah mengeluarkan wang tersebut.

Keluarga itu akhirnya menemui semua wang tunai yang hilang disimpan di dalam beg pakaian besar, namun apa mengejutkan kesemua wang kertas tersebut sudah dikoyak.

Enggan menyalahkan tindakan Luo, anaknya itu meminta pertolongan pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang berkenaan.

Pengurus bank, Wang Jun berkata, dia bersama 9 kakitangan yang lain membantu mencantumkan kesemua wang tersebut

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya

- Sumber: Sinar Harian 

Arul ubah ‘fikiran’, sedia debat tanpa syarat

Arul Kanda Kandasamy

KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bersedia berdebat dengan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat.

Katanya, mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

“Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

Sebelum ini, Arul mengenakan syarat di mana Tony meletakkan jawatan dalam PAC kerana khuatir ia akan menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelakkan sebarang pertembungan kepentingan diri.


"Saya sedia bertemu secara langsung Tony tanpa syarat sama ada dalam program bual bicara atau debat.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

- Sumber: Sinar Harian | 31 Oktober 2015