Thursday, 4 June 2015

Betul ke PM buli menteri Kabinet?

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR - Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuli menteri Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Dia macam ini, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan, jadi apabila Kementerian Kewangan, maknanya kita kena bertanggungjawablah iaitu bawa kepada Kabinet untuk memberi perakuan kepada apa yang akan dilakukan oleh 1MDB. 

"Tidak timbul soal buli, tidak timbul," katanya. 

Ahmad Husni berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya? 

Diskusi berdurasi selama sejam bermula 9.05 malam di TV1 bersama dua pengacaranya Shuhaimi Mohamed dan Sayed Munawar Sayed Mustar itu membincangkan secara mendalam mengenai pelaburan 1MDB dan perancangan kerajaan menyelesaikan hutang syarikat itu. 

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan tentang kenyataan Najib yang menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1MDB meskipun keputusan bersama telah diputuskan, untuk melepaskan jawatan. 

- Sumber: Bernama

Ikan gergasi dijumpai terdampar di pantai pulau Catalina

Ikan jenis Oarfish yang ditemui Isnin lepas. - Foto CNN

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seekor ikan spesis laut dalam yang dikenali sebagai 'Oarfish' dijumpai terdampar di pantai pulau Catalina, Isnin lepas.

Menurut laporan CNN, ikan tersebut berukuran 17 kaki panjang.

Wanita tersebut, Annie MacAulay memberitahu, dia membawa anaknya untuk bermain kayak di pulau tersebut.

Katanya, dia sedia maklum mengenai spesis ikan tersebut, namun tidak pernah menemuinya.

"Saya kebetulan berada di sini," kata beliau yang juga menyandang jawatan presiden dalam organisasi Mountain and Sea Adventures, sebuah organisasi kesedaran alam sekitar.

Difahamkan, kali terakhir Oarfish ditemui di pulau Catalina adalah pada Oktober 2013.

"Ikan tersebut dipercayai hidup pada kedalaman 3,000 kaki.

"Tidak ramai yang menyelidik mengenai ikan tersebut, jadi tingkah laku dan populasi ikan tersebut tidak diketahui," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Institusi Marin Pulau Catlina pada 2013.

- Sumber: CNN