Tuesday, 7 April 2015

Pegawai polis wanita tak berniat lepas 'kasanova'


GEORGETOWN - Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.

Asisten Superitendan L. Chandkumary, 56, berkata dia tidak mengingati apa yang berlaku pada hari kejadian dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, seorang diri lengkap dengan berpakaian polis. 

Dia berkata fikirannya seperti dikawal oleh kasanova itu dan bertindak mengikut suara yang didengarinya.

"Pada masa itu, dia (tertuduh) asyik merenung saya dalam tempoh yang lama dan pada masa sama mulutnya terkumat-kamit. Badan saya lemah dan kepala saya berat. Saya tidak dapat bercakap apa-apa ketika itu. Saya seperti dikawal oleh sesuatu, saya tidak dapat jelaskan.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya cuma ingat, saya berada di dalam kereta seorang diri. Kereta diletakkan di tepi jalan. Saya bingung. Saya percaya pada masa itu, dia telah larikan diri. Saya sedar, tertuduh memanipulasi fikiran saya dan saya ikut apa yang dia kata," katanya di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.

Dia berkata demikian semasa menjawab soalan peguamnya, Danny C. Navarednam dalam pemeriksaan utama ketika memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu.

Pada 21 Oktober 2013, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 47, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober 2013.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada 8.05 malam, hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengenai tindakan tertuduh memberi RM50 kepada anggota polis pengiring untuk membeli makanan pada hari kejadian, Chandkumary berkata dia tidak berniat jahat dan menganggap itu tanggungjawabnya sebagai pegawai atasan memandangkan ketika itu waktu makan tengah hari.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan perbicaraan bersambung 27 April ini. 

- Sumber: Bernama

The Solarbike is a very real thing


Here's an electric bike that doesn't need plugging in.. or swapping out batteries. As the name suggests, the Solarbike has solar cells built into both sides of the party typical bicycle wheels, using cells (and a design) that's apparently "shadow optimized": The inventor is based in Copenhagen, so it's certainly an issue that needed tackling. 

Power drawn in from the solar cells when the bike isn't moving is stored inside an on-board battery, then when you're in transit, power comes both from the Thermos-shaped attached to the bike frame and what ever trickles in from the solar cells. 

As Treehugger puts it, improvements solar cell tech improvements in last decade has made this design at least tenable -- because the wheels are facing out sideways, not getting solar rays head-on, it makes the task of absorbing light a little bit more difficult.

The current mode is the result of three years' work and apparently has a range of around 43 miles when fully charged. The motor itself has a max speed of 30mph - which sounds pretty racey for a pushbike, although 15 miles seems like the more conventional speed setting. It's already been nominated for a design award, although whether the idea, however well implemented, becomes a commercial reality is still TBC.

- Sumber: Sinar Harian