Tuesday, 31 March 2015

Jumpa semula anjing selepas dimasak

Foto yang menjadi viral di laman media sosial.

VIETNAM - Bagai sebuah mimpi ngeri, seorang kanak-kanak menjumpai anjing peliharaannya yang hilang dalam keadaan siap dimasak.

Menurut People's Daily Online, kanak-kanak berkenaan telah memelihara anjing terbabit yang dinamakan Flower selama tiga tahun sebelum ia hilang.

Difahamkan, setelah beberapa hari mencari Flower, kanak-kanak tersebut menjumpai Flower di sebuah kedai menjual daging dan telah dimasak.

Kisah kanak-kanak terbabit diketahui umum selepas fotonya di samping anjing berkenaan tersebar di internet.

Menurut Dailymail.uk, daging anjing dianggap sebagai makanan di Vietnam.

- Sumber: Sinar Harian 

Badak sumbu mengamuk, seorang maut, enam cedera

Sedutan video rakaman amatur yang dimuatnaik ke laman sosial.

HETAUDA - NEPAL. Seekor badak sumbu liar mengamuk di bandar Hetauda, menyebabkan seorang wanita maut dan enam orang lagi cedera dan mengejar orang ramai di pasar dan hospital, hari ini.

Menurut The Guardian, orang ramai cuba menghalau badak sumbu berkenaan dengan membunyikan hon dan memukul deram, namun tidak berjaya.

Pegawai kerajaan, Ram Prasad Thapaliya memberitahu, satu pasukan bersama ubat pelali (tranquilizer) sedang cuba menangkap haiwan tersebut.

"Badak sumbu ini gemparkan penduduk. Ia juga masuk ke dalam hospital dan membuatkan orang ramai melarikan diri dan lompat dari pagar," kata Ram Prasad.

- Sumber: Sinar Harian