Saturday, 28 March 2015

Beli kereta sebelum 1 April - MAA

MAA: Beli kereta sebelum 1 April 

PETALING JAYA: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa orang ramai untuk membeli kereta sebelum 1 April, 2015 memandangkan kebanyakan syarikat kereta merancang untuk mengurangkan inventori mereka dengan tawaran yang menarik.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata syarikat-syarikat ini mahu mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengambil tempat.

"Walaupun beberapa syarikat kereta akan mengurangkan harga pada 1 April, tawaran sekarang adalah lebih baik.

Selepas 1 April, mereka boleh menuntut kembali hanya 20 peratus daripada SST yang sudah dibayar," kata Aishah kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-16 MAA di sini hari ini.

Katanya, 20 peratus itu tertakluk kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan, yang bermakna bahawa jika terdapat stok yang tidak dijual selepas 1 April, sama ada mereka memindahkan 80 peratus daripada baki SST kepada pelanggan atau menyerapnya.

Selain daripada CBP, isu yang lebih mendesak sekarang ini ialah kadar pertukaran mata wang asing, kerana kebanyakan syarikat telah membayar cukai kenderaan yang dipasang di luar (CBU) dan kenderaan yang dipasang di Malaysia (CKD) serta lain-lain bahagian dalam dolar Amerika Syarikat, yang telah menambah nilai berbanding ringgit.

"Kita perlu ingat bahawa harga kereta naik setiap tahun. Jadi bukan semua syarikat dapat penjimatan melalui CBP, daripada 10 peratus SST kepada hanya enam peratus CBP, memandangkan kadar pertukaran mata wang sekarang ini merupakan faktor terpenting dalam menentukan harga kenderaan.

"Oleh itu apabila mereka melakukan pengiraan, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk mengurangkan, mengekalkan atau meningkatkan harga," kata Aishah.

Syarikat-syarikat kereta juga dijangka akan mengumumkan senarai harga kenderaan pada minggu pertama bulan April berikutan pelaksanaan CBP.

Melangkah ke hadapan, dengan pelaksanaan CBP, jualan kenderaan dijangka bertambah baik, berikutan permintaan yang lebih perlahan semasa tiga bulan pertama tahun ini berbanding dengan tahun lepas.

- Sumber: Bernama

AirAsia introduces three new routes


Lee said AirAsia looks forward to serving the communities from the hubs and provide them with enhanced connectivity and more flight options.

KUALA LUMPUR: AirAsia has further strengthened its network into Indonesia and the Philippines via three separate hubs in Malaysia.

It will see inaugural flights take-off from Kuala Lumpur to Pontianak in Indonesia, Johor Baharu to Medan (Indonesia) and Kota Kinabalu to Cebu (the Philippines) today.

"AirAsia Bhd operates out of five hubs in Malaysia and we are committed to expanding our network, especially from other hubs, apart from Kuala Lumpur," Head of Commercial for AirAsia Bhd, Spencer Lee said in a statement here, Friday.

Lee said AirAsia looks forward to serving the communities from the hubs and provide them with enhanced connectivity and more flight options.

AirAsia, together with the airport authorities in Pontianak and Cebu, received the guests on the respective inaugural flights to celebrate the occasion.

AirAsia now flies to 16 Indonesian cities.

- Source: Bernama