Tuesday, 17 March 2015

Nurul Izzah 'bermalam' di lokap Jinjang malam ini

Nurul Izzah Anwar 

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur malam ini susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lokap Jinjang kira-kira jam 6.40 petang tadi. Difahamkan perintah tahanan reman akan dimohon polis esok. Mengikut Perlembagaan, polis boleh menahan mana-mana individu tanpa reman selama 24 jam.

Nurul Izzah pada asalnya hadir ke IPD Dang Wangi untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Beliau kemudian ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.

- Sumber: Sinar Harian 

Tak jadi kahwin sebab gagal jawab soalan Matematik

Gambar hiasan.

UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang pengantin perempuan tidak mahu mengahwini seorang lelaki kerana bakal suaminya itu gagal menjawab soalan Matematik yang diberikan.

Menurut BBC, wanita berkenaan memberi soalan '15 + 6' dan pengantin lelaki tersebut memberi jawapan '17'.

Walaupun dipujuk oleh keluarga pengantin lelaki, pengantin perempuan tersebut tetap tidak mahu mengahwini anak mereka kerana lelaki tersebut 'tidak berpelajaran'.

Menurut polis, kedua-dua pihak mengembalikan hadiah sebelum hari perkahwinan tersebut.

Kebanyakan perkahwinan di India diaturkan oleh pihak keluarga dan adalah normal jika pengantin belum sempat mengenali antara satu sama lain.

- Sumber: Sinar Harian