Saturday, 7 March 2015

Reman CEO anak syarikat GLC disambung


SHAH ALAM - Reman terhadap seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sepatutnya berakhir hari ini disambung lagi empat hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat perintah tahanan itu daripada mahkamah hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu disiasat berhubung berlaku salah laku pembelian hartanah bernilai hampir RM1 juta.

"SPRM turut memanggil dua ahli perniagaan bagi merakamkan keterangan berhubung kes ini hari ini dan telah dibebaskan.

"Perintah reman diminta dilanjutkan lagi bagi SPRM melengkapkan siasatan kes ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, CEO berkenaan direman selama lima hari.


Dalam masa terdekat ini saja, SPRM telah melakukan tangkapan bagi membantu siasatan kepada pengaliran keluar minyak petrol dan diesel subsidi di Kedah dan Perak.

Dalam Ops Licin 2 itu, seramai 40 individu antaranya polis, penguat kuasa kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta orang awam ditahan.

- Sumber: Sinar Harian 

Actor arrested for syabu possession, again

ZAINOL: The suspect is now under remand

KUALA LUMPUR: A 36-year-old actor was arrested by police for possessing syabu in a hotel room here, Thursday night.

Dang Wangi Police chief ACP Zainol Samah said in the incident at 9pm, the police also seized an imitation firearm.

"The suspect is under remand. The case is being investigated under Section 39A (1) of Dangerous Drugs Act 1952 and Section 36(1) of Firearms Act 1960," he told Bernama.

The talented actor was arrested for being involved in drugs in March 2010 and in June 2013.

In the first case, he was acquitted of injecting syabu into his body but was found guilty of drug possession and was fined RM5,000.

In the second case, the actor and four friends were acquitted and discharged by the Magistrate's Court on charges of syabu possession.

- Source: Bernama