Thursday, 19 February 2015

Road show liwat II: Rafizi cabar KJ debat


SHAH ALAM - "Saya akan cabar KJ berdebat mengenai kes ini," demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli merujuk 'road show' sesi penjelasan mengenai kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Khairy perlu berani untuk bercakap dengan PKR bukannya 'syok sendiri'.

"...jangan berani bercakap seorang tetapi tidak berani berdepan dengan kami," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak yang mempertikai mengapa Umno atau kerajaan pimpinan BN perlu memberi penerangan mengenai kes itu.


Pendedahan itu didakwa dibuat selepas enam tahun dituduh sebagai perancang 'konspirasi politik' terhadap Anwar.

- Sumber: Sinar Harian 

AP desak polis siasat kenyataan Sirul


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (DAP) hari ini membuat laporan polis, bagi menggesa polis menyiasat kenyataan Koperal Sirul Azhar Umar di akhbar The Sydney Morning Herald yang mendakwa beliau 'diarah' membunuh Altantuya Shaariibuu.

Lip Eng berkata oleh itu, pihak polis tidak boleh menolak tanggungjawab tersebut kerana pendedahan Sirul tersebut telah menarik perhatian dunia, dan sekiranya siasatan gagal dijalankan ia akan menjejaskan imej Malaysia.

"Pihak polis terutamanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak boleh menolak untuk menyiasat perkara ini.

"Kalau perlu pihak polis terbang ke Australia untuk mengambil kenyataan daripada Sirul, kalau tolak, ia akan memalukan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab pendedahan sirul telah menarik perhatian dunia," katanya selapas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pagi ini.

Sementara menurut Ramkarpal Singh yang merupakan peguam keluarga Altantuya berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Sirul menunjukan terdapat bukti baharu berkenaan motif dibelakang kes pembunuhan wanita itu.

"... walaupun mahkamah persekutan mensabitkan Sirul dan Azilah baru-baru ini untuk kes tersebut, tetapi ini tidak bermaksud kes itu sudah berakhir.

"Memandangkan sekarang Sirul mendedahkan bahawa terdapat individu lain yang terlibat, jadi sisasatan terperinci perlu diambil walaupun sabitan telah dijatuhkan terhadap Sirul," katanya.

Terdahulu Sirul dalam kenyataannya dalam The Sydney Morning Herald yang bertarikh 18 Februari 2015 dipetik sebagai berkata "I was under orders" (Saya arahan seseorang).

- Sumber: Sinar Harian