Saturday, 14 February 2015

'Dia bukan anak orang kaya'


NAMA seorang gadis tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman mikro Twitter selepas seorang lelaki melemparkan tuduhan dia gila harta kerana berpasangan dengan individu yang dilihat tidak sepadan dengannya.

Tweet berbunyi "ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri. Biasalah, nak harta" itu bagaimanapun mendapat respons mengagumkan daripada wanita berkenaan yang dilihat tenang dengan kata-kata lelaki itu.

"Minta maaf ni suami saya. Dia kerja bawak lori je bukan anak orang kaya. Tak baik sebar fitnah. Tak kenal jangan teka-teka sahaja", katanya dipetik daripada laman mikro Twitternya.

Tweet berkenaan menyebabkan lelaki tersebut memohon maaf atas tuduhannya.

Wanita yang berasal dari Raub, Pahang itu telah mendirikan rumah tangga 5 bulan lalu dan kini sedang hamil.

- Sumber:

Pelakon Puteri Gunung Ledang dan Hanyut, Alex Komang meninggal dunia



Pelakon tekenal Indonesia Alex Komang dilaporkan meninggal dunia di Semarang, Indonesia.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Indonesia Alex Komang dilaporkan meninggal dunia di Semarang, Indonesia pada Jumaat.

Anak saudaranya Izar Fauzi mengesahkan berita sedih itu di Rumah Sakit Umum Pusat, Kariadi Semarang, Indonesia, lapor Bisnis.com.

Menurut pihak keluarga, Alex Komang mengidap penyakit Hepatitis B, lapor detikHot.

Direktur Umum dan Operasional RSUP Dr Darwito berkata Alex sebelum ini menderita penyakit perut yang kronik dan menjalani rawatan sejak Disember 2014, lapor CNN Indonesia.

Alex sebelum ini pernah membintangi dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin dengan memegang watak Gusti Adipati Handaya Ningrat dan juga filem arahan U-Wei Haji Shaari, Hanyut.

Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar turut mengumumkan berita kematian pelakon itu menerusi akaun Twitternya.

Antara filem yang pernah dibintanginya, Laskar Pelangi (2008), dan Rome Juliet (2009).

- Sumber: Astro Awani