Thursday, 8 January 2015

Detik terakhir unit pemusnah bom terakam

  • Sedutan video ngeri yang mengorbankan anggota unit pemusnah bom di Cairo, Mesir.
  • Sedutan video ngeri yang mengorbankan anggota unit pemusnah bom di Cairo, Mesir.

BEBERAPA video yang menunjukkan detik-detik terakhir seorang pegawai unit pemusnah bom sebelum terkorban ketika mematikan bom tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pegawai berkenaan dilihat menghampiri sebuah beg yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak, dimana orang ramai mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam.

Pegawai berkenaan memegang sebuah alat yang kemudiannya meletup di tanganya.

Selepas melambung beberapa kaki, pegawai tersebut tidak lagi bergerak dan orang ramai bergegas untuk membantu.

Menurut Daily Mail, kumpulan pengganas Ajnad Misr mengaku meletakkan bom tersebut yang menyasarkan balai polis berdekatan.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Cairo, Mesir.

Video berkenaan yang dimuatnaik pada 6 Januari itu juga dikongsi ke laman sosial Facebook dan laman mikro Twitter.

- Sumber: Daily Mail 

Infografik: Kadar matawang ringgit Malaysia berbanding dolar AS dari 1997 - 2014

Sehingga jam 12.30 tengahari Rabu, ringgit mencatatkan kejatuhan 0.2 peratus kepada 3.5647 selepas merundum sehingga 0.8 peratus kepada 3.5862, menjadikannya paras terendah untuk tempoh 5 tahun.

Setakat 5 petang Selasa, unit tempatan diniagakan 3.5555 berbanding dolar daripada 3.5320 pada Isnin.

Graf menunjukkan perbandingan kadar matawang Ringgit Malaysia dan dolar dari tahun 1997 sehingga tahun 2014.

Penambatan ringgit telah dilaksanakan pada tahun 1998 pada tahan RM3.80 kepada AS$ 1 dolar sehingga tahun 2005.

Selepas tahun 2005, kadar mata wang dilepaskan mengikut aliran pasaran dunia.




- Sumber: Astro Awani