Sunday, 4 January 2015

Singapura beri kebenaran penerbangan AirAsia Surabaya-Singapura

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, telah diluluskan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Singapura.

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, telah diluluskan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Singapura.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG), di dalam satu kenyataan media bersama hari ini berkata sebelum sesebuah syarikat penerbangan boleh memulakan perkhidmatan di antara dua tempat, ia perlu mendapatkan kelulusan jadual penerbangan dari pihak berkuasa penerbangan awam masing-masing, lapor Bernama.

Permohonan syarikat penerbangan akan dipertimbangkan oleh setiap pihak berkuasa penerbangan awam dengan mengambil kira hak lalu lintas udara yang ada di dalam perjanjian perkhidmatan udara berkaitan (ASA) dan slot berlepas dan mendarat yang ada daripada penyelaras slot masing-masing.

Di Singapura, AirAsia Indonesia telah memohon untuk melakukan penerbangan harian antara Surabaya dan Singapura untuk musim sejuk dari 26 Okt 2014 hingga 28 Mac tahun ini dengan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 8.30 pagi dan berlepas ke Surabaya pada pukul 2.10 petang.

Penerbangan harian ini diluluskan kerana terdapat di dalam hak lalu lintas udara di bawah ASA dua hala dan slot di Lapangan Terbang Changi yang ada.

AirAsia Indonesia mempunyai empat penerbangan seminggu dalam laluan itu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Syarikat penerbangan boleh menyesuaikan kekerapan penerbangan mereka dalam sesuatu musim mengikut permintaan pasaran dan keperluan operasi.

- Sumber: Astro Awani

QZ8501: Jenazah jatuh cetus panik

  • Foto Kompas.com
  • Foto Kompas.com

JAKARTA – Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital.

Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini.

Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya.

Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli.

Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.

“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut.

Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti.

Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan.

- Sumber: Sinar Harian