Saturday, 1 November 2014

Wanita didakwa cuba sertai militan

SEPANG - Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin. 

- Sumber: Bernama

Linda Onn, bercakap dengan cermin



Di manakah letaknya aset utama Linda yang mungkin selalu menjadi pujian suami atau peminat?

Alamak, apa ye? (ketawa). Dulu pernah menang Anugerah Bibir Seksi (anjuran sebuah majalah hiburan), betul ke seksi, entahlah! Jujurnya, ramai yang suka dengan suara Linda. Dah katanya penyampai radio, kan?

Bagaimana Linda kelihatan sebaik bangun pagi? Adakah Linda hargai kecantikan wajah ketika itu?

Ya! Masa zaman anak dara dulu risau juga, kalau kahwin nanti macam mana suami tengok muka kita pagi-pagi? Tapi kalau kita yakin pada diri, selalu positif, insya-Allah apa yang ada dalam diri kita akan terpancar di wajah.

Takkanlah tengah tidur pun nak maintain cun dengan bermekap dan blow rambut bagai (ketawa). Jadi, apa yang Linda buat, sebaik bangun pagi, Linda tengok ke cermin dan puji diri sendiri sambil tersenyum. Ini juga amalan yang boleh menceriakan hari kita.

Dapatkan Majalah InTrend Edisi November di pasaran untuk cerita kecantikan bersama Linda Onn.

- Sumber: Astro Publication