Thursday, 9 October 2014

Peluang pandu uji Hyundai pilihan anda


Kalau anda berminat untuk mengetahui manfaat peralatan keselamatan elektronik kereta seperti ABS dan EPS; di samping belajar mengenai teknik pemanduan defensif, anda boleh hadiriHyundai Experience Car Fest 2014. Ia akan dijalankan pada 10 hingga 12 Oktober 2014 (9.00am – 6.30pm) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Festival anjuran Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) ini dijalankan buat kali pertama dan sesuai dihadiri sesiapapun, termasuk kanak-kanak yang akan dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti mereka tersendiri.

Bagi yang dewasa pula, mereka boleh merasa kelincahan, pengendalian dinamik dan fungsi keselamatan yang dilengkapkan pada model-model Hyundai. Mereka turut boleh merasai ujian prestasi seperti teknik brek dan merubah arah, slalom, dan mengelak halangan. Terdapat juga trek 4x4 di mana anda boleh merasai kelebihan sistem pacuan empat roda Hyundai.

HSDM menjangkakan akan dapat menerima lebih kurang 200 orang sehari sepanjang acara 3 hari ini berjalan. Oleh itu, anda digalakkan untuk mendaftar terlebih dahulu menerusi talian 1-300-13-2000. Maklumat lanjut boleh juga dilihat di laman Facebook Hyundai Malaysia.

Mereka yang di selatan tanah air tidak perlu terburu-buru: acara Hyundai Experience Car Fest ini akan turut diadakan di Jalan Desa Tebrau, Taman Tebrau, Johor Bahru dari 17 hingga 19 Oktober 2014.


- Sumber: Astro

Empat daerah alami gangguan bekalan air Khamis ini

Gambar hiasan. - Sumber Internet

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di empat daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Oktober) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih. 

Katanya, pada masa sama pihak Syabas turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak. 

-Sumber: Bernama