Tuesday, 16 September 2014

Senarai kes melibatkan Akta Hasutan sepanjang 2014

Akta Hasutan mula diperkenalkan pada tahun 1948.

Memasuki suku terakhir tahun 2014, beberapa kes telah dilaporkan di bawah Akta Hasutan 1948.

Awal tahun ini, mendiang ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh didenda RM4,000 selepas disabitkan atas kesalahan menyuarakan pendapat berhubung krisis perlembagaan Perak 2009 pada 21 Februari 2014.

Antara lain yang turut disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah akta tersebut termasuk ahli politik, pelajar, pendakwah, pensyarah dan aktivis.

Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang yang digubal bertujuan mencegah sebarang bentuk perbincangan atau ucapan yang boleh dianggap atau mempunyai kecenderungan sebagai "menghasut", sama ada dalam bentuk kata-kata, penulisan dan penerbitan bercetak.

Di bawah adalah sebahagian kes yang melibatkan akta tersebut sejak Januari sehingga pertengahan September 2014:



-- Sumber: Astro Awani 

Empat suspek IS di Indonesia berketurunan Uighur - Polis

Seorang jurucakap polis berkata suspek kini disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan kumpulan jihad IS - Gambar Fail

JAKARTA: Polis Indonesia hari ini memaklumkan empat warga asing yang ditahan hujung minggu lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam, IS adalah berketurunan minoriti Uighur dari China.

Sehari selepas memaklumkan empat suspek lelaki terbabit adalah warga Turki, polis mengatakan hasil siasatan lanjut mendapati suspek memasuki republik itu menggunakan pasport palsu milik negara Turki.

Skuad elit polis telah menahan mereka bersama tiga warga tempatan selepas mengekori kereta yang dinaiki suspek pada Sabtu di Poso ke tengah wilayah Sulawesi, kawasan 'panas' yang sering dikaitkan dengan aktiviti militan.

“Hasil siasatan oleh polis anti keganasan mendapati keempat-empat suspek adalah berbangsa Uighur,” kata jurucakap polis kebangsaan Ronny Sompie kepada wartawan.

“Mereka menggunakan pasport palsu,” tambahnya.

Lelaki terbabit dikatakan membayar orang tengah di Thailand sejumlah US1,000 (RM3,300) dan menggunakan pasport itu untuk memasuki Malaysia dan Singapura, kata Sompie.

Seorang lagi jurucakap polis, Agus Rianto berkata, suspek kini disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan kumpulan jihad IS.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman sebelum ini berkata kumpulan lelaki terbabit ingin mengadakan pertemuan dengan Santoso, pemimpin kumpulan militan dari kumpulan Mujahidin Timur Indonesia yang dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di Poso.

Indonesia adalah negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia iaitu 225 juta orang dan sering berhadapan ancaman keganasan.

-- Sumber: Agensi