Saturday, 9 August 2014

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery

SHABERY: Penutupan Facebook adalah satu pendekatan radikal

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah Musa.

Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. - Bernama

Desktop-sized laser supercomputers could be coming by 2020



Small, eco-friendly optical supercomputers may soon be crunching quadrillions of calculations per second (exaflops) if a company called Optalysys has its way. It claims to be months away from demonstrating a prototype optical computer that will run at 346 gigaflops to start with -- not as fast as the best supercomputers, but pretty good for a proof-of-concept. 

Here's how it works: low-intensity lasers are beamed through layers of liquid crystal grids, which change the light intensity based on user inputted data. The resulting interference patterns can be used to solve mathematical equations and perform other tasks. 

By splitting the beam through multiple grids, the system can compute in parallel much more efficiently than standard multi-processing supercomputers (as shown in the charming Heinz Wolff-hosted video below).

It also uses very low amounts of power, with exascale-level systems capable of running for mere thousands of dollars a year, compared to millions a year for the Tinanhe-2, the current supercomputer champ. After launching the prototype system, the company plans to build two products: a "big data" optical co-processor that can work with existing supercomputers, and a standalone optical solver supercomputer. 

It expects the latter to launch as a product in 2017 at 9 petflops, with up to 17.1 exaflops (17,100 petaflops) by 2020. By way of contrast, the Tianhe-2 does about 34 petaflops. It all sounds pretty pie-in-the-sky at this point, but we should have a better idea of the feasibility when the prototype arrives in January. - Engadget