Wednesday, 16 July 2014

Boikot: Kita yang terkesan bukan Israel

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.

"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.

"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.

"Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.

"Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya. - Sinar Harian 

Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dikeji pengguna media sosial


Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dikeji pengguna media sosial


KUALA LUMPUR: Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial hari ini.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.

Antara komen-komen pengguna Twitter termasuk,


Pelik betul cik kak ni mengamuk sbb kete calar sikit. Lagi pelik sebenarnya pakcik tu boleh bersabar dgn perempuan mcm tu.— Ratu Omplok (@fatehahnuraini) July 15, 2014

Mungkin harga lesen yang naik menjadi 2k dapat membendung gejala perempuan terlajak mengamuk kereta kena langgar.— Syafikah Kunhamoo (@Syfkh) July 15, 2014

Cilakak perempuan pakai tudung puasa puasa ni pergi mengamuk kat pakcik Cina. Apalah sangat Peugeot kau tu nak dibandingkan dengan respect.— GERRORA♡ (@FarahAuroraArfa) July 15, 2014

Aku dah tengok video perempuan mengamuk sebab kereta dia dilanggar di tempat parking. Real gile! Dia pegang kunci stereng sambil jerit.— zezett (@ro_zett) July 15, 2014

Perempuan yang mengamuk pasal kereta tu dia tahu tak cerita dia sedang merebak di twitter?— Kirana Awak (@ARJUNAmaiyo) July 15, 2014

baidapnya perempuan yang mengamuk kereta kena langgar ni— NFARHANA (@faridfarhana) July 15, 2014

Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dah makin viral. Kena sikit je, marah macam orang takde agama.— taufiqahmad (@taufiqahmad_MY) July 15, 2014

Video 

Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku. - Astro Awani