Sunday, 30 March 2014

Adakah kita menunggu tragedi yang lain?



KENAPA Jabatan Imigresen Malaysia tidak menyemak pasport di pintu keluar masuk negara dengan pangkalan data senarai pasport curi yang disimpan oleh Interpol?

Jawapannya, pertama, Interpol menyimpan rekod 40.2 juta pasport yang dilaporkan hilang; jumlah itu terlalu besar dan pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia tidak mampu menyimpannya berdasarkan kapasiti sedia ada. Kedua, proses menyemaknya akan memakan masa yang lama kecualilah kalau Interpol memasukkan pasport berkenaan dalam senarai suspek supaya mudah pihak Imigresen memantaunya.

Itulah lebih kurang bunyinya kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu lepas. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh enam ahli parlimen berhubung urusan imigresen setelah dua warga Iran dikesan masuk dan keluar negara ini dengan menggunakan pasport curi.

Jawapan menteri itu dibidas oleh Interpol dalam satu kenyataan media pada Sabtu, semalam.

Kenyataan Interpol tidak berselindung — tepat terus ke batang hidung. Interpol menegaskan keputusan Malaysia tidak merujuk senarai pasport curi dan hilang yang ada padanya tidak boleh disalahkan kepada teknologi atau Interpol sendiri. Tanggungjawab itu terletak pada Jabatan Imigresen Malaysia, kata Interpol. Titik.

Interpol juga memaklumkan proses semakan itu hanya mengambil masa yang sangat singkat — tidak sampai 0.2 saat. Kalau negara lain boleh buat, kenapa Malaysia tidak? Itulah maksud Interpol apabila ia menyebut betapa Amerika Syarikat telah menyemak rekod itu lebih 230 juta kali setiap tahun, United Kingdom lebih 140 juta kali, Emiriah Arab Bersatu lebih 100 juta kali dan Singapura lebih 29 juta kali.

Empat negara yang disebut oleh agensi polis antarabangsa itu tidak pernah merungut tentang perlahan atau lembapnya masa tindak balas atau tempoh tanggap semakan perlahan. Malah, belum pernah ada mana-mana negara anggota Interpol yang mengadu begitu. Dalam erti kata lain, Interpol hendak beritahu bahawa Malaysia adalah negara pertama di dunia yang merungut proses itu lambat.

Tetapi bukankah orang bijaksana mengungkapkan pepatah: biar lambat asalkan selamat. Atau dalam bahasa Jawa, alon alon asal kelakon.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, mengikut rekod Interpol, antara 1 Januari hingga 7 Mac lepas — iaitu sebelum pesawat penerbangan MH370 hilang — Imigresen tidak pernah menyemak satu pun pasport penumpang yang keluar masuk negara ini dengan pangkalan data Interpol.

"Akibatnya, dua individu yang memegang pasport curi Austria dan Itali dapat menaiki penerbangan MH370," kata Interpol.

Interpol berpendapat sekiranya Imigresen di KLIA menyemak pasport yang dipegang oleh dua warga Iran itu dengan rekod yang ada dengan Interpol maka mereka akan tahu bahawa pasport itu adalah pasport curi.

Seterusnya dalam kenyataan itu Interpol menyatakan rasa bingung kenapa ia diserang sedangkan sepatutnya lompang yang terselak dengan tragedi hilangnya pesawat Malaysia Airlines ini seharusnya jadi pengajaran.

Tetapi adakah kita mengambil apa-apa pengajaran? Kalau diteliti kenyataan menteri di Dewan Rakyat yang mulia itu, mungkin tidak ada. Kita tidak berbuat silap, jadi untuk apa buat pembetulan? Kenapa kita tidak mematuhi nasihat Interpol? Bukan salah kita; ini salah Interpol — rekodnya terlalu banyak dan sistem komputer kita tidak mampu menampung data sebesar itu. 

Apakah kesannya dengan pendirian Kementerian Dalam Negeri ini? Pertama, kenyataan balas Interpol yang keras itu jadi berita dunia. Ketika imej negara dalam menangani krisis hilangnya MH370 ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak di peringkat antarabangsa, sikap enggan belajar daripada kesilapan ini tentulah menarik lagi perhatian mereka. Eh, kita tidak silap; ini salah Interpol.

Kedua, ini boleh diterima sebagai isyarat oleh kumpulan pengganas atau sindiket pemerdagangan orang bahawa negara ini boleh jadi laluan yang selamat untuk mereka. Apa mereka hendak takut guna pasport curi sebab Imigresen Malaysia tidak akan menyemaknya dengan data yang ada pada Interpol. Apa sebab tidak semak? Kerana proses itu leceh dan memakan masa.

Imigresen juga sudah ada SOP sendiri untuk menguruskan semakan dokumen perjalanan palsu, kata menteri di Dewan Rakyat. SOP itu sudah dipatuhi pada malam 7 Mac lalu. Tidak mengapalah kalau SOP yang dipatuhi itulah yang melepaskan dua warga Iran dengan pasport curi untuk naik pesawat di KLIA pada malam itu. Kenapa sekarang Interpol hendak bising-bising? Ini bukan salah Imigresen. Ini salah Interpol kerana pangkalan datanya terlalu besar dan untuk menyemak senarai itu akan mengambil masa.

Siasatan pihak berkuasa setakat ini tidak menunjukkan sebarang kaitan antara kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dengan dua penumpang Iran yang menggunakan pasport curi. Mereka itu dirumuskan sebagai orang yang merantau mencari peluang hidup baru dan terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport.

Tidak mengapalah, kali ini kita selamat — akan datang belum tentu.

Dalam kenyataan pertama Interpol sehari selepas pesawat penerbangan MH370 hilang, Setiausaha Agung Interpol Ronald K. Noble membuat kenyataan yang bernada keluhan: "Selama bertahun-tahun Interpol bertanya kenapakah negara-negara harus menunggu sebuah tragedi untuk mengetatkan langkah keselamatan di sempadan dan pintu pelepasan."

Adakah kita menunggu tragedi yang lain? Mohon dijauhkan oleh Tuhan. Moga Tuhan akan terus melindungi kita.

Ketika kita berdoa untuk MH370, ada eloknya juga kalau kita turut berdoa untuk Malaysia.

________________________________________________________________

Analisis berita oleh NOOR AZAM SHAIRI @Astro Awani. Beliau bertanya apakah agaknya lebih selamat untuk terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Students involved in violent crime and gangsterism on the rise


KUALA LUMPUR: The number of students involved in violent crimes and gangsterism in the country are on the rise, said Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Saturday.

As such he has urged all parties, including schools and the community to jointly address the problem.

Zahid said according to statistics, the number of students involved in violent crimes had risen as much as 47 percent, from 368 students in 2012 to 542 in 2013.

The percentage was even higher for those who had dropped out of school, with 849 cases reported in 2012 and 2011 cases in 2013.

"These numbers are worrying. What's even worrying is that these numbers represent reported cases and those that have been investigated. There are cases that have not been reported," he told reporters at a Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) annual general meeting today.

Zahid said the authorities, including the MCPF, the police and schools, do not want the trend to continue, adding that these crimes involve those as young as seven years old.

For students involved in murder cases, there was an increase from 10 cases reported in 2012 to 11 cases in 2013.

Rape cases also saw an increase from 113 to 218 reported in 2013.

Cases of fighting or 'causing hurt' rose to 530 in 2013 from 244 cases the year before. There was also a drastic increase of gang robberies, from 261 cases in 2012 to 700.

Zahid said the increase were more apparent in three areas, namely Kuala Lumpur, Melaka and Sabah. However, he said that the authorities are studying the root cause of the increase.

Zahid said that many of these students had the support of gangsters outside of schools, and investigations showed at least half of them are involved in gangs.

"There are those who don't want to tarnish the name of their schools and do not report the incident to the police, including extortion, fighting. But if it happened outside of the schools compound, it is the community's responsibility to tell us.

He urged schools to be more pro-active in notifying authorities and not cover-up cases.

"There are schools that want to settle it internally, that's good but what if it cannot be solved? I urge the teachers and the principals to come to us. Don't worry, we won't reveal the names of their schools," he said.

Astro Awani