Sunday, 2 March 2014

Rakan punca Khalid tanding

Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasrat bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini, dibuat berdasarkan permintaan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

Malah, beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini diuar-uarkan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, juga memberikan rangsangan kepadanya untuk menjadi pentadbir yang baik dan penggerak parti.

"Pada awal, saya merasakan (bertanding jawatan timbalan presiden PKR) adalah terlalu berat tanggungannya, tapi ramai merasakan perlu ada seorang Menteri Besar yang bukan sahaja mentadbir negeri tetapi berkhidmat kepada parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan keputusannya untuk bertanding disebabkan tekanan diberikan penyandang jawatan itu Mohamed Azmin Ali terhadap pentadbirannya sebelum ini.

Katanya, keputusan itu diambil atas permintaan rakan-rakan dalam parti yang mahu beliau terus memberikan khidmat bakti kepada PKR yang sebelum ini telah menjayakan pelantikannya sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid yang mengumumkan akan bertanding jawatan itu malam tadi berkata, persiapan untuk merebut jawatan itu hanya dibuat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, katanya beliau yakin rakyat Selangor akan mendapat saham industri air dengan pelan penstrukturan semula industri air di negeri itu yang dimuktamadkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara kerajaan negeri dan pusat Rabu lepas.

Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa Rabu lepas dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Abdul Khalid berkata, tender telah dikeluarkan bagi projek LRAL2 dan kerajaan negeri dimaklumkan akan terlibat sama dalam proses membuat keputusan mengenai pelaksanaan projek itu. - Bernama

Taiwan man arrested for second hammer killing


TAIPEI: A Taiwanese man has been arrested on suspicion of murdering his grandmother with a hammer, seven years after he killed his father using the same weapon, police said Saturday.

The man, identified by his family name Lee, has a history of mental illness and allegedly attacked his grandmother on Friday, hammering at her head and face while stabbing her eyes with a screwdriver in their house in southern Taiwan, police said.

Lee, 35, woke his mother up after the alleged crime and when police arrived they found the 85-year-old lying dead on the floor with her face bloody and disfigured while Lee's face and hands were dotted with blood.

Lee claimed he suffered hallucinations and that he would have "gone outside to kill somebody else" if he did not kill his grandmother, said the Apple Daily Newspaper.

Lee was arrested in 2007 for murdering his father with a hammer, claiming he was angry that the victim was having an affair and abused his mother. He was not indicted as he was deemed to be in a state of insanity and was ordered to be hospitalised for five years.

Lee has been in and out of hospital for the past two years and two weeks ago his mother arranged for him to come home to spend some time with the family. He was scheduled to be readmitted on Monday, the newspaper said. - AFP