Tuesday, 22 October 2013

Wanita letupkan diri dalam bas di Rusia

Wanita letupkan diri dalam bas di Rusia

RUSIA:  Di Rusia seorang wanita bertindak nekad meletupkan dirinya ketika menaiki sebuah bas di Volgograd Selatan negara itu.


Kejadian mengakibatkan tujuh orang maut sementara 30 orang lagi cedera.

Suspek Naida Asiyalova, 30 disahkan berasal dari Dagestan, penempatan majoriti muslim di Caucasus Utara.

Siasatan mendapati letupan berlaku beberapa saat selepas Naida menaiki bas terbabit di satu perhentian.

Ketika kejadian kira kira 40 penumpang berada dalam bas berkenaan.

Serangan bom terbaru di Volgograd ini sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai kemampuan Rusia mengekang aktiviti pengganas menjelang Olimpik musim sejuk di Sochi Februari tahun depan.

- ASTRO Awani 

Dolly Parton terlibat nahas jalanraya

Dolly Parton terlibat dalam nahas jalan raya

LOS ANGELES:  Penyanyi Country Amerika Syarikat, Dolly Parton alami cedera ringan selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Nashville.

Kemalangan itu menyebabkan penyanyi berkenaan dirawat di hospital.

Namun beliau kini sedang berehat di rumahnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kemudiannya Parton berkata keadaan beliau tidak membimbangkan.

Beliau turut mengakui letih dan terkejut susulan insiden yang menimpanya itu.

Polis berkata kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan lain.

Semasa kejadian Parton, 67 tidak keseorangan sebaliknya bersama dua rakannya yang lain.