Thursday, 29 August 2013

Sarimah Ibrahim mengaku Frust dengan mamat French


Difahamkan, Sarimah Ibrahim kini telah kembali solo apabila hubungannya bersama seorang jejaka Perancis tidak lama dulu telah terputus di tengah jalan.

Alamak! Apa sudah jadi? Kalau tak silap sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja. 

Malah ada khabar angin mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Sarimah Ibrahim bukan main happy dan bangga memperkenalkan jejaka mat salleh itu ketika melalui permaidani merah Anugerah Industri Muzik berapa tahun lalu.

Tup, tup, sudah putus pula.

Bagaimanapun seperti yang dikhabarkan Detektif Stailista kepada Murai Batu, penyampai radio Mix FM itu memang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis berkenaan, bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa berpisah.

Khabarnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin lebih dua tahun, namun nampaknya ada beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum Sarimah Ibrahim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Difahamkan, soal agama dan budaya menjadi dua faktor penting buat Sarimah Ibrahim dan nampaknya dia langsung tidak ralat meskipun hubungan mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Tapi seperti yang dikhabarkan, Sarimah Ibrahim kini sedang moving forward dan dia tidak mudah mengalah untuk mencari pengganti yang benar-benar percaya serta ikhlas memperisterikannya walaupun berbeza agama serta budaya.

Adakah ini bermaksud, Sarimah Ibrahim akan masih mencari jejaka berbangsa asing? Atau dalam erti kata lain jejaka mat salleh? Jodoh, pertemuan, ajal semua itu ditangan Tuhan. Sekuat mana kini merancang tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.

Kita sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarimah Ibrahim. Mudah-mudahan dia akan dipertemukan dengan jejaka idaman yang dapat membahagiakannya hingga ke akhir hayat.

Kahabarnya Sarimah Ibrahim kini sedang rancang untuk melahirkan lagu terbarunya dan juga berlakon filem serta teater.


Sumber: Murai Batu

Aksi tidak senonoh Miley Cyrus dikecam hebat





Tindakan penyanyi popular Miley Cyrus membuat aksi tidak senonoh di atas pentas Video Music Awards MTV (MTV VMAs) tempoh hari bukan sahaja telah mendapat kritikan hebat daripada pihak media, malahan juga The Parents Televisyen Council (PTC).
Kerana tindakan tidak senonoh dengan berpakaian hampil bogel Miley Cyrus itu, telah menyebabkan pihak PTC mengeluarkan komplen berkenaan tayangan majlis anugerah berkenaan di saluran MTV yang tenyata langsung tidak sesuai untuk tontonan remaja berusia 14 tahun.
Komplen itu juga dibuat bukan sahaja berdasarkan tindakan Miley Cyrus, malahan juga kehadiran iklan kondom yang disiarkan pada rancangan TV berkenaan.
Pengarah Polisi Umum PTC, Dan Isett dalam kenyataannya di BBC News berkata, pada dasarnya pihak MTV cuba memanipulasi cara pemasaran stesen TV berkenaan kepada golongan dewasa, supaya ianya dianggap sesuai ditonton oleh golongan muda.
"MTV masih terus mengeksploitasi seks wanita muda dengan mempromosikan adegan tarian tidak senonoh dengan pakaian bikini bewarna togel.
"Adakah imej ini sangat sesuai untuk bintang kesayangan kanak-kanak terutama mereka yang berusia 14 tahun?," kata Dan Isett.
Miley Cyrus telah membuat aksi tidak senonoh ketika membuat persembahan bersama Robin Thicke di Anugerah Video Music Award baru-baru ini.
Sementara itu ahli penasihat PTC, Paul Porter menambah persembahan yang ditonjolkan Miley Cyrus dan Robin Thicke sememangnya mengandungi unsur seks.
Malah katanya, pengasas MTV iaitu Viacom terasa sangat kecewa dengan tindakan tidak senonoh itu.
Selain persembahan Miley Cyrus, PTC turut mengkritik persembahan pembukaan Lady Gaga yang mana persembahan superstar berkenaan telah diakhiri dengan pakaian mandi yang diperbuat daripada kerang laut.
Sebelum ini, Anugerah VMAs turut mengundang kontroversi dengan persembahan panas Britney Spears dengan lagunya I'm A Slave 4 U pada 2001, diikuti tindakan Madonna bercium dengan Christina Aguilera dua tahun berikutnya.
Pada 2009 pula, Kanye West telah mengganggu ucapan kemenangan Taylor Swift untuk kategori video muzik terbaik yang menyifatkan kemenangan itu sepatutnya berpihak kepada Beyonce.