Wednesday, 14 August 2013

Buddhist chief high priest offers apology to all muslims for group act in Kota Tinggi

Buddhist chief high priest offers apology to all muslims for group act in Kota Tinggi

KUALA LUMPUR:  The chief Monk of Buddhist Maha Vihara and Chief High Priest of Malaysia, Venerable Datuk K. Sri Dhammaratana Maha Thera offered his apology to all Muslim brothers and sisters for the action of a certain Buddhist group from Singapore which performed a meditation session at the surau of a resort near Kota Tinggi, Johor, recently.

Although he personally did not know the group members, on the basis of responsibility, he deeply regretted the irresponsible act and hoped that such incidents would not happen in the future.

"The foreign group should have looked for a suitable place and understood the sensitivities of our local culture and traditions before organising the event.

"I would really like to appeal to all Muslims to accept this apology and will make sure that it does not happen again," he said.

In the name of Buddhism, he advised all Buddhist to respect the religious sensitivities of other religions while carrying out their own religious obligations and responsibilities.

He also stressed that all Buddhists must at all times be conscious and aware of the fundamental principle expounded by Lord Buddha..." It is impossible to build one's own happiness on the unhappiness of others". - BERNAMA 

1.2 juta rakyat negara ini terutamanya wanita sukar kawal kencing


1.2 juta rakyat negara ini terutamanya wanita sukar kawal kencing - Pakar

KUALA LUMPUR:  Dianggarkan 1.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens atau ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing.

Presiden Yayasan Kontinens Malaysia Dr Peter Ng berkata inkontinens urinari (gagal mengawal pundi kencing) lebih banyak dihadapi wanita berbanding lelaki, iaitu gangguan lantai pelvik yang paling lazim dialami dan tahap penyakit itu berbeza bagi setiap orang.

Perunding Urologi itu berkata seorang daripada 10 wanita, biasa menghadapi masalah inkontinens, manakala seorang daripada 20 lelaki pernah mengalami simptom itu.

Beliau berkata terdapat dua jenis inkontinens urinari yang dihadapi wanita iaitu 'inkontinens tekanan' dan 'inkontinens desakan'.

Inkontinens tekanan disebabkan batuk, ketawa, bersin, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti berat manakala inkontinens desakan merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal dan dicetuskan secara rambang oleh bunyi air mengalir atau kurang minum air, katanya.

Dr Ng berkata sesetengah wanita dan lelaki mengalami simptom inkontinens jenis tekanan dan desakan serentak, bagaimanapun kedua-kedua jenis inkontinens urinari ini boleh dirawat.

Beliau menegaskan inkontinens bukan sejenis penyakit tetapi lebih kepada simptom keadaan lain dan tanda-tanda menunjukkan sesuatu di dalam badan anda tidak berfungsi dengan baik.

"Inkontinens urinari boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi ia menjadi lebih lazim dengan peningkatan usia. Jika anda semakin berumur, lelaki dan wanita mempunyai masalah urin yang sama.

"Satu-satunya perbezaan adalah kelenjar prostat. Lelaki mempunyai kesukaran membuang air (biasanya disebabkan pembesaran prostat) dan wanita mudah bocor (biasanya disebabkan otot pelvik yang lemah)," jelas beliau.

Ditanya tentang punca inkontinens, Dr Ng berkata terdapat banyak faktor inkontinens dan kadang-kadang ia hanya keadaan sementara yang dicetuskan oleh makanan tertentu atau cecair seperti alkohol dan kafein, yang mungkin mengganggu lapisan pundi kencing.

Bagi wanita ia disebabkan mengandung dan melahirkan anak, apabila lantai otot pelvik atau sfinkter (gelang otot) urinari atau saraf yang mengawal otot ini rosak, dan disebabkan otot pundi kencing lemah, katanya.

Dr Ng berkata lebih 80 peratus kes boleh diubati sama ada dengan mengawal pergerakan usus, melakukan senaman otot lantai pelvik, latihan pundi kencing, pengambilan ubatan dan pembedahan, jika perlu.- BERNAMA