Tuesday, 6 August 2013

Namawee cetus kontroversi baru dalam video YouTube


Namawee cetus kontroversi baru dalam video YouTube

KUALA LUMPUR:  Rabu lalu, pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee menghasilkan video YouTube terbarunya dalam saluran YouTubenya meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya .

Sekali lagi, video tersebut mencetuskan kontroversi dan menjadi trending apabila dia mempertikaikan situasi pilih kasih yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Video yang berdurasi 5 minit 23 saat seolah-olah ditujukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namewee turut menyelar tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village seperti yang diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetapi meluluskan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
- Astro Awani 

KPWKM nafi penahanan enam pelacur kanak-kanak di Melaka

KPWKM nafi penahanan enam pelacur kanak-kanak di Melaka

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan penahanan enam kanak-kanak perempuan di Melaka, yang didakwa menjadi pelacur, seperti laporan sebuah akhbar tempatan pada Ahad.

Menterinya, Datuk Rohani Karim berkata agensi penguatkuasaan Melaka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan mengesahkan tiada sebarang kes membabitkan penahanan kanak-kanak perempuan sewaktu operasi antinarkotik.

"Bagaimanapun, pihak PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka mengesahkan satu kes seorang kanak-kanak perempuan yang melarikan diri dari rumah dan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta aktiviti seksual.

"Kanak-kanak ini telah diselamatkan dan ditempatkan di sebuah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjalani program pemulihan," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Kementerian itu merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk 'RM20- that's the going price for a child prostitute'.
-BERNAMA