Wednesday, 10 July 2013

Keganjilan angka pilihan raya

Keganjilan angka pilihan raya

KUALA LUMPUR: MENJADI satu perkara yang pelik apabila keganjilan dimasukkan dalam elemen seseorang individu. Keganjilan sifatnya negatif, mungkin juga boleh dikategorikan unik kerana kewujudannya yang bersifat hanya satu selain minoriti dan kebiasaannya akan dikaitkan perkara aneh.

Banyak perkara ganjil berlaku dan setiap keganjilan pasti menjadi tumpuan masyarakat di kawasan berkenaan membawa ke daerah berdekatan dan kemudian merebak ke seluruh negara.

Persepsi rakyat negara ini lazimnya memang suka kepada keganjilan, ada yang menganggapnya keramat, membawa unsur mistik, tahyul selain ada juga yang percaya setiap kejadian yang berlaku boleh membawa tuah atau malang dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Mengambil contoh keganjilan yang pernah dilihat, didengar atau boleh dibaca di media massa dan agak popular tiga empat tahun kebelakangan ini adalah kes 36 sejadah `berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut Pasir Mas Kelantan.

Sebenarnya bukan cerita sejadah berdiri mahupun sejarah, mitos atau apa sahaja berkenaan sejadah yang mahu dipanjangkan namun frasa berlawanan bagi ganjil di dalam konteks berlainan.

Saya bawa pembaca dan frasa ganjil ke alam matematik, dalam bidang matematik, nombor ganjil ialah nombor yang tidak boleh dibahagi dengan dua sementara nombor genap ialah nombor yang boleh dibahagi dengan dua - kira-kiranya nampak mudah sahaja.

Walau nampak mudah namun kuasa genap dan ganjil jika dibesarkan dalam konteks pemerintahan negara sebenarnya boleh mengubah struktur penguasaan wakil kerajaan dan pembangkang di Parlimen!

Saya kecilkan skop ganjil dan genap dalam isu pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Dr. A.Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.

Impak seandainya BN gagal mempertahankan kerusi ini sangat besar. Di sinilah unsur matematik genap dan ganjil akan mula memainkan peranannnya.

PRK ini menjadi tumpuan kerana BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi saja ke atas Pakatan Rakyat di DUN Terengganu sekarang.

Jika BN kalah, pasti pilihan raya negeri terpaksa diadakan semula untuk menentukan pihak mana yang lebih layak bergelar kerajaan.

Tidak tahu pula jika ada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan melompat parti sebelum pilihan raya negeri diadakan jika ditakdirkan ada pemilihan baru kelak.

Namun keyakinan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa BN akan menang selesa dalam PRK dengan alasan Kuala Besut ialah kerusi selesa BN mungkin boleh dibuat penanda aras.

Idris turut menolak kemungkinan kedudukan kerusi DUN akan terikat 16-16 selepas pilihan raya kecil ini dengan alasan BN tidak pernah kalah kerusi berkenaan sejak tiga pilihan raya yang lepas.

Di mana silapnya?

Pada masa kini, antara negeri-negeri yang jumlah DUNnya genap selain Terengganu ialah Kedah (36), Pahang (42), Pulau Pinang (40), Selangor (56), Negeri Sembilan (36) dan Melaka (28).

Agensi berkaitan pilihan raya perlu responsif selepas ini. Sikap tidak peka kepada kemungkinan situasi politik negara boleh diandai seperti peribahasa lama `Sudah terantuk baru tengadah' mungkin boleh dituju kepada pihak berkenaan.

Senario politik negara dan penguatkuasaan hampir sama rata kerajaan dan pembangkang di beberapa negeri harus diambil perhatian segera.

Bukan apa, kekuatan Pakatan Rakyat (PR) hari ini tidak boleh dipandang enteng. Sedikit demi sedikit penguasaan selain dakwaan mereka lebih popular dilihat petanda perubahan yang sedang bertiup pada gerakan akar umbi.

Mungkin kajian semula aspek persempadanan semula boleh dipertimbang selain memastikan pembahagian DUN yang akan dibuat selepas ini perlu dibuat dengan jumlah ganjil sahaja.

Jumlah ganjil menjamin susulan pilihan raya negeri sekali gus pemenang bagi kerajaan negeri boleh diputus dengan mudah (tanpa memikirkan kemungkinan ADUN lompat parti).

Realitinya, tiada siapa boleh menolak takdir dan ketentuan tuhan terhadap pertemuan, jodoh,kehidupan dan kematian.

Langkah perlu difikir segera untuk mencari jalan terbaik seandainya lebih ramai ADUN yang meninggal dunia sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berbanding sebelum PRU ke-13.

Segalanya mungkin terjadi...


Sumber: Wan Syamsul Amly @Astro Awani

Financing for your home Solar PV systems



When solar rooftop FiT scheme was introduced in 2011, many prospective applicants lamented the difficulty in getting financing for the installation of home solar PV. Although cost has gone down quite substantially, price for a typical 4kWp solar PV system is RM40,000, which is still expensive.


Here comes the answer, or at least an alternative

Recently, Alliance Bank Bhd came up with Home Complete Plus-Solar Panel Financing , a scheme developed jointly with the Sustainable Energy Development Authority (SEDA). It's a kind of personal financing scheme for solar panel.

While not in any way trying to promote the financing scheme, here is a brief overview and features of the loan (Kudos to Alliance Bank for taking the first mover’s risk by offering financing solution for solar PV in homes):

Competitive interest rate for installation of Solar Panel Up to 90% margin of finance Monthly repayment could potentially be set-off with Feed-in Tariff payment

Tenure                     : Up to 10 years
Age requirement      : 21 - 55 years of age
Minimum income   : RM3,000 per month
Loan limit               : Up to RM150k
Interest calculation : Term loan, Reducing balance

Financing type : Single borrower only
No collateral or guarantor needed
Landed property owner only


"I have been informed by SEDA Malaysia that for now, most of the houses which have solar PV systems installed and are able to benefit from the Feed-in Tariff (FiT) scheme are those where the majority of the financing comes from house owners." - Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili during the launching.

Other than Alliance Bank, SEDA is currently in talks with Bank Negara on approaching another three banks, mostly local, to participate in the scheme.

Read more: http://www.thegreenmechanics.com/2013/06/loans-for-home-solar-pv-systems.html#ixzz2YdWS0F4o