Tuesday, 11 June 2013

Pampasan insurans RM50,000 untuk keluarga Mohammad Shahrulnizam

Pampasan insurans RM50,000 untuk keluarga Mohammad Shahrulnizam

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM50,000 kepada keluarga Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia akibat penyakit akut gunung (AMS) ketika dalam perjalanan ke Everest Base Camp pada 3 Jun lalu.

Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata walaupun Mohammad Shahrulnizam merupakan penolong jurutera kontrak PPj, Allahyarham layak mendapat pampasan insurans seperti pekerja tetap perbadanan itu.

"Kita akan cuba usahakan. Saya fikir ini tidak menjadi masalah. Walaupun beliau pegawai kontrak, apa juga faedah yang diterima pekerja tetap beliau juga layak, kecuali tiada pencen," katanya pemberita selepas majlis makan malam sempena pelayaran pertama Cruise Tasik mengelilingi Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini Isnin malam.

Aseh berkata PPj juga akan melakukan kutipan dalam kalangan warga kerjanya bagi menghulur sumbangan segera kepada keluarga Allahyarham.

Mohammad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia akibat AMS ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang, Khamis lepas.

Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base yang bermula 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) yang mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.


BERNAMA

Kementerian tidak tolak kemungkinan sekat Facebook

Kementerian tidak tolak kemungkinan sekat Facebook

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak menolak kemungkinan akan mengharamkan penggunakan media social seperti Facebook.

Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekatan akses media sosial seperti tidak perlu dibuat pada masa sekarang. Jelasnya, kerajaan tidak akan berbuat demikan hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media social,” tambah beliau.

"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Beliau kata kementerian memandang serius memandang serius kes penyalahgunaan internet terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan.

Ia sekali gus boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

Ahmad Shabery turut mengingatkan, tiada siapa akan terlepas dari undang-undang seandainya mencetus provokasi di laman sosial. Ia termasuk perlakuan atau penyataan di laman media sosial seperti facebook, twitter dan blog walaupun atas dasar peribadi.

Katanya, kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes menghina yang di-pertuan agong sebelum ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Shabery kata kementeriannya sudah mengenalpasti identiti individu hina Nabi di laman sosial Facebook. Nama individu itu sudah diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kelmarin, dua akaun facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' memaparkan kenyataan menghina Nabi. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan umat Islam negara ini. Katanya, facebook turut mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

Bagaimanapun, Shabery tidak menafikan kemungkinan kerajaan menyekat laman sosial itu seandainya terdapat penggunaan negatif dan keterlaluan.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan


BERNAMA